
|
| Syaih Abdul Qodir Jaelani |
Jumlah karomah yang dimiliki oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani banyak sekali:
Syaikh Abil AbbasAhmad ibn Muhammadd ibn Ahmad al-Urasyi al-Jily:
Pada
suatu hari, aku telah menghadiri majlis asy-Sayikh Abdul Qodir
al-Jilani berserta murid-muridnya yang lain. Tiba-tiba, muncul seekor
ular besar di pangkuan asy-Syaikh. Maka orang ramai yang hadir di majlis
itu pun berlari tunggang langgang, ketakutan. Tetapi asy-Syaikh
al-Jilani hanya duduk dengan tenang saja. Kemudian ular itu pun masuk ke
dalam baju asy-Syaikh dan telah merayap-rayap di badannya. Setelah
itu, ular itu telah naik pula ke lehernya. Namun, asy-Syaikh masih
tetap tenang dan tidak berubah keadaan duduknya.
Setelah
beberapa waktu berlalu, turunlah ular itu dari badan asy-Syaikh dan ia
telah seperti bicara dengan asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani . Setelah
itu, ular itu pun ghaib.
Kami pun bertanya kepada
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani tentang apa yang telah dipertuturkan
oleh ular itu. Menurut beliau ular itu telah berkata bahwa dia telah
menguji wali-wali Allah yang lain, tetapi dia tidak pernah bertemu
dengan seorang pun yang setenang dan sehebat asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani .
Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh sedang
mengajar murid-muridnya di dalam sebuah majlis, seekor burung telah
terbang di udara di atas majlis itu sambil mengeluarkan satu bunyi yang
telah mengganggu majlis itu. Maka asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun
berkata, “Wahai angin, ambil kepala burung itu.” Seketika itu juga,
burung itu telah jatuh ke atas majlis itu, dalam keadaan kepalanya
telah terputus dari badannya.
Setelah melihat keadaan
burung itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun turun dari kursi
tingginya dan mengambil badan burung itu, lalu disambungkan kepala
burung itu ke badannya. Kemudian asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah
berkata, “Bismillaahirrahmaanirrahim.” Dengan serta-merta burung itu
telah hidup kembali dan terus terbang dari tangan asy-Syaikh.
Maka takjublah para hadirin di majlis itu karena melihat kebesaran Allah yang telah ditunjukkanNya melalui tangan asy-Syaikh.
Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:
Pada
suatu hari, di dalam tahun 537 Hijrah, seorang lelaki dari kota
Baghdad (dikatakan oleh sesetengah perawi bahawa lelaki itu bernama Abu
Sa‘id ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Baghdadi) telah
datang bertemu dengan asy-Syaikh Jilani, berkata, bahwa dia mempunyai
seorang anak dara cantik berumur enam belas tahun bernama Fatimah. Anak
daranya itu telah diculik (diterbangkan) dari atas anjung rumahnya
oleh seorang jin.
Maka asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun
menyuruh lelaki itu pergi pada malam hari itu, ke suatu tempat bekas
rumah roboh, di satu kawasan lama di kota Baghdad bernama al-Karkh.
“Carilah
bonggol yang kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan satu
bulatan sekelilingmu di atas tanah. Kala engkau membuat garisan,
ucapkanlah “Bismillah, dan di atas niat asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani ” Apabila malam telah gelap, engkau akan didatangi oleh
beberapa kumpulan jin, dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk. Janganlah
engkau takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula raja
jin dengan segala angkatannya yang besar. Dia akan bertanya hajatmu.
Katakan kepadanya yang aku telah menyuruh engkau datang bertemu
dengannya. Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadian yang telah
menimpa anak perempuanmu itu.”
Lelaki itu pun pergi ke
tempat itu dan melaksanakan arahan asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
itu. Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin yang cuba
menakut-nakutkan lelaki itu, tetapi jin-jin itu tidak berkuasa untuk
melintasi garis bulatan itu. Jin-jin itu telah datang bergilir-gilir,
yakni satu kumpulan selepas satu kumpulan. Dan akhirnya, datanglah raja
jin yang sedang menunggang seekor kuda dan telah disertai oleh satu
angkatan yang besar dan hebat rupanya.
Raja jin itu telah
memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan telah bertanya
kepada lelaki itu, “Wahai manusia, apakah hajatmu?”
Lelaki itu telah menjawab, “Aku telah disuruh oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani untuk bertemu denganmu.”
Begitu
mendengar nama asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani diucapkan oleh lelaki
itu, raja jin itu telah turun dari kudanya dan terus mengucup bumi.
Kemudian raja jin itu telah duduk di atas bumi, disertai dengan seluruh
anggota rombongannya. Sesudah itu, raja jin itu telah bertanyakan
masalah lelaki itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak daranya yang
telah diculik oleh seorang jin. Setelah mendengar cerita lelaki itu,
raja jin itu pun memerintahkan agar dicari si jin yang bersalah itu.
Beberapa waktu kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin itu, seorang
jin lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yang
telah diculiknya.
Raja jin itu telah bertanya, “Kenapakah
engkau sambar anak dara manusia ini? Tidakkah engkau tahu yang dia ini
berada di bawah naungan al-Quthb ?”
Jin lelaki dari negara Cina
itu telah mengatakan yang dia telah jatuh berahi dengan anak dara
manusia itu. Raja jin itu pula telah memerintahkan agar dipulangkan
perawan itu kepada bapanya, dan jin dari negara Cina itu pula telah
dikenakan hukuman pancung kepala.
Lelaki itu pun mengatakan rasa
takjubnya dengan segala perbuatan raja jin itu, yang sangat patuh
kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani.
Raja jin itu
berkata pula, “Sudah tentu, karena asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
boleh melihat dari rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat. Dan
mereka semua sedang berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi, karena
telah lari dari sebab kehebatannya. Allah Ta’ala telah menjadikan
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani bukan saja al-Qutb bagi umat manusia,
bahkan juga ke atas seluruh bangsa jin.”
Telah bercerita asy-Syaikh Abi ‘Umar ‘Uthman dan asy-Syaikh Abu Muhammad ‘Abdul Haqq al-Huraimy:
Pada
3 hari bulan Safar, kami berada di sisi asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani Pada waktu itu, asy-Syaikh sedang mengambil wudu dan memakai
sepasang terompah. Setelah selesai menunaikan solat dua rakaat, dia
telah bertempik dengan tiba-tiba, dan telah melemparkan salah satu dari
terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sampai tak nampak lagi oleh
mata. Selepas itu, dia telah bertempik sekali lagi, lalu melemparkan
terompah yang satu lagi. Kami yang berada di situ, telah melihat dengan
ketakjubannya, tetapi tidak ada seorang pun yang telah berani
menanyakan maksud semua itu.
Dua puluh tiga hari
kemudian, sebuah kafilah telah datang untuk menziarahi asy-Syaikh
‘Abdul Qadir al-Jilany. Mereka (yakni para anggota kafilah itu) telah
membawa hadiah-hadiah untuknya, termasuk baju, emas dan perak. Dan yang
anehnya, termasuk juga sepasang terompah. Apabila kami amat-amati,
kami lihat terompah-terompah itu adalah terompah-terompah yang pernah
dipakai oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pada satu masa dahulu.
Kami pun bertanya kepada ahli-ahli kafilah itu, dari manakah datangnya
sepasang terompah itu. Inilah cerita mereka:
Pada 3 haribulan
Safar yang lalu, ketika kami sedang di dalam satu perjalanan, kami
telah diserang oleh satu kumpulan perompak. Mereka telah merampas
kesemua barang-barang kami dan telah membawa barang-barang yang mereka
rampas itu ke satu lembah untuk dibagi-bagikan di antara mereka.
Kami
pun berbincang sesama sendiri dan telah mencapai satu keputusan. Kami
lalu menyeru asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani agar menolong kami. Kami
juga telah bernazar apabila kami sudah selamat, kami akan memberinya
beberapa hadiah.
Tiba-tiba, kami terdengar satu jeritan
yang amat kuat, sehingga menggegarkan lembah itu dan kami lihat di
udara ada satu benda yang sedang melayang dengan sangat laju sekali.
Beberapa waktu kemudian, terdengar satu lagi bunyi yang sama dan kami
lihat satu lagi benda seumpama tadi yang sedang melayang ke arah yang
sama.
Selepas itu, kami telah melihat perompak-perompak
itu berlari lintang-pukang dari tempat mereka sedang membagi-bagikan
harta rampasan itu dan telah meminta kami mengambil balik harta kami,
karena mereka telah ditimpa satu kecelakaan. Kami pun pergi ke tempat
itu. Kami lihat kedua orang pemimpin perompak itu telah mati. Di sisi
mereka pula, ada sepasang terompah. Inilah terompah-terompah itu.
Telah bercerita asy-Syaikh Abduh Hamad ibn Hammam:
Pada
mulanya aku memang tidak suka kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani.
Walaupun aku merupakan seorang saudagar yang paling kaya di kota
Baghdad waktu itu, aku tidak pernah merasa tenteram ataupun berpuas
hati.
Pada suatu hari, aku telah pergi menunaikan solat Jum’at.
Ketika itu, aku tidak mempercayai tentang cerita-cerita karomah yang
dikaitkan pada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Sesampainya aku di
masjid itu, aku dapati beliau telah ramai dengan jamaah. Aku mencari
tempat yang tidak terlalu ramai, dan kudapati betul-betul di hadapan
mimbar.
Di kala itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
baru saja mulai untuk khutbah Jumaat. Ada beberapa perkara yang
disentuh oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani yang telah menyinggung
perasaanku. Tiba-tiba, aku terasa hendak buang air besar. Untuk keluar
dari masjid itu memang sukar dan agak mustahil. Dan aku dihantui
perasaan gelisah dan malu, takut-takut aku buang air besar di sana di
depan orang banyak. Dan kemarahanku terhadap asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani pun bertambah dan memuncak.
Pada saat itu,
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah turun dari atas mimbar itu dan
telah berdiri di hadapanku. Sambil beliau terus memberikan khutbah,
beliau telah menutup tubuhku dengan jubahnya. Tiba-tiba aku sedang
berada di satu tempat yang lain, yakni di satu lembah hijau yang sangat
indah. Aku lihat sebuah anak sungai sedang mengalir perlahan di situ
dan keadaan sekelilingnya sunyi sepi, tanpa kehadiran seorang manusia.
Aku
pergi membuang air besar. Setelah selesai, aku mengambil wudlu.
Apabila aku sedang berniat untuk pergi bersolat, dan tiba-tiba diriku
telah berada ditempat semula di bawah jubah asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani. Dia telah mengangkat jubahnya dan menaiki kembali tangga
mimbar itu.
Aku sungguh-sungguh merasa terkejut. Bukan karena
perutku sudah merasa lega, tetapi juga keadaan hatiku. Segala perasaan
marah, ketidakpuasan hati, dan perasaan-perasaan jahat yang lain,
semuanya telah hilang.
Selepas sembahyang Jum’at berakhir,
aku pun pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, aku menyadari bahwa
kunci rumahku telah hilang. Dan aku kembali ke masjid untuk mencarinya.
Begitu lama aku mencari, tetapi tidak aku temukan, terpaksa aku
menyuruh tukang kunci untuk membuat kunci yang baru.
Pada
keesokan harinya, aku telah meninggalkan Baghdad dengan rombonganku
karena urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah melewati satu
lembah yang sangat indah. Seolah-olah ada satu kuasa ajaib yang telah
menarikku untuk pergi ke sebuah anak sungai. Barulah aku teringat bahwa
aku pernah pergi ke sana untuk buang air besar, beberapa hari sebelum
itu. Aku mandi di anak sungai itu. Ketika aku sedang mengambil jubahku,
aku telah temukan kembali kunciku, yang rupa-rupanya telah tertinggal
dan telah tersangkut pada sebatang dahan di situ.
Setelah aku sampai di Baghdad, aku menemui asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani dan menjadi anak muridnya.